Saturday 8 June 2013

bila hati dah suka!


"Kalau hati sudah suka
Semua indah saja
Itukah tanda bunga kasih bermula
Di dalam jiwa..."

lama dah aku tak melawat blog aku..nampaknye penuh dengan sawang...kali ni aku nak cerita sikit tentang hati dan perasaan. siapa penah mempunyai perasaan suka pada seseorang? aku rasa korang mesti pernah lalui situasi ni kan.. aku ni jenis yang brutal sket...kalau aku suka kat seseorang tu..aku dengan rock nye pergi mengurat dia..hai..anak dara apalah perangai macam ni...tapi tu dulu...sekarang dah matang aku xde buat dah kerja macam tu..se umur hidup aku..aku tak pernah suka dengan serius dekat mana-mana lelaki..sebabnya aku meletakkan syarat pada diri..capai dulu kejayaan baru fikir tentang teman lelaki..pernah suatu ketika rakan serumah bercerita tentang teman lelaki..bila diaorang tanya pada aku...dengan polosnya aku menjawab "aku tak de boyfriend" masa tu aku kena gelak sakan dengan kawan aku...sejak hari tu bila orang tanya "ko ade boyfriend" cepat-cepat aku jawab ada!.. melewati zaman remaja memang menyeronokkan..kejadian ni berlaku semasa aku berada di tahun akhir pengajian ku..rakan sekuliah aku tiba-tiba menyatakan perasaan cinta kat aku...haish! macam nak terjun bangunan rasa nya..macam kena karen pon ada..aku belajar ambil kos elektrik...aku teragak-agak nak terima cinta dia..macam-macam aku uji dia..sampaikan ada sesuatu perkara menimpa hubungan kami yg pada masa itu..aku sedar hati aku sudah mulai berbunga dengan kehadiran dia..aku buat keputusan pergi jauh dari dia..walau dalam hati aku ni sebenarnya sangat suka kan dia..aku bekorban..aku mendoakan agar dia bahagia..dan untuk hati aku yang sedang berbunga itu..aku bisikkan kata pengubat jiwa..

 "hati..tuhan itu lebih mengetahui..siapa yang berhak dan layak untuk mu..lepaskan ia pergi walau ianya akan menjadi luka..ingat janji tuhan..jika benar ianya milik mu..pasti tuhan akan mendekatkan hati kalian..jika tuhan tidak berkehendak..pasti ada sesuatu yang lebih baik sedang menanti kalian.."

buat mr. M saya..maaf kerana meninggalkan perasaan yg sedang berputik itu begitu sahaja..kau insan pertama yang berjaya membuat hati aku yg dipenuhi wire elektrik berubah menjadi taman yang indah..aku sering berdoa pada yang esa agar suatu hari nanti kau bisa menjadi imamku..

p/s : ops! ada suara sumbang plak.. akak aku sound..dia cakap tak yah nk tunggu org lain jd imam..tu abah ade! lekas wudhuk dah nak maghrib..jap lagi solat sama-sama...ABAH JADI IMAM!