Tuesday 22 November 2011

tuhan...ampunkan aku

aku baru-baru je berjinak dgn blogger ni..itu pun sebab aku tension..aku perlukan teman untuk mendengar luahan hati aku..tapi aku malu..jadi aku ambil keputusan untuk buat blogger..terima kasih pada yang sudi baca..kisah aku bermula sejak zaman sekolah lagi..aku ni jenis yang susah nak bergaul dgn kwn2 sebab aku ni pemalu..walau pun pemalu aku ni sebenarnye sangat senget dan gila! aku xpernah ada kawan yg baik..bila aku masuk asrama aku bnyk berjumpa kawan2 jadi dapatlah hakis sedikit demi sedikit perasaan malu dan rendah diri..aku ada seorang kawan baik..dia bnyk kongsi masalah dengan aku..dari hal keluarga hinggalah hal peribadi..aku sangat bertuah sbb di beri kepercayaan untuk berkongsi segala suka duka kami..hinggalah apabila kami tamat tingkatan 5..aku dan dia mula berubah..aku terasa disisihkan..tidak di perlukan dan tidak di hargai..lantas aku mengatur sesuatu untuk menarik kembali perhatian dia terhadap aku..aku menjadi penyebab dia dan teman lelakinya putus..dan demi dendam yang membara aku mula mempermainkan perasaannya dan menodai persahabatan yang telah lama terbina..apabila dia mendapat tahu semua ini angkara aku...dia datang bersemuka..dan aku terkedu..terjaga dari lena dan mimpi yang panjang..aku terdiam tiada sepatah kata pun yg terkeluar dari bibirku..aku sendiri bingung..hati kecil ku berkata..aku sendiri tidak pasti kenapa aku memperlakukan kau begitu sahabat..dia sahabat yang baik..masih memaafkan aku walau di akhir katanya "aku sangat kecewa dgn apa yang berlaku..aku maafkan kau..aku berharap kau akan bahagia selalu..aku tidak dapat melupakan perbuatan kau terhadap aku..anggap sahajalah kita tidak pernah kenal dan aku sudah mati".. menyesal??? semua itu sudah terlambat..mahu menangis! semua itu sia-sia..demi tuhan! aku sendiri tidak mengerti kenapa aku bertindak kejam begitu..hilanglah aku seorang sahabat yang pernah membuat hidup ku ceria atas perbuatan ku..kini aku redha dan terima segala ketentuan yang maha esa.. sungguh! aku tidak mampu memadan segala memori kita kerana ianya begitu melekat kuat..dari jauh aku masih lagi mendoakan dia agar sentiasa berjaya dan di rahmati..buat sahabat yang telah aku khianati...jangan sesekali kau maafkan aku andai kau belum mampu melupakan perbuatan aku...jangan pernah berkata kau mendoakan aku bahagia jika hati mu penuh sengsara..kerana aku sentiasa berdosa dengan mu..tuhan! ampunkan aku di atas segala kekhilafan ini..aku insan yang lemah..insan yang tidak berdaya menangkis hasutan syaitan yang sering ingin menyesatkan hambamu..buatmu sahabat yang telah ku khainati..andai kau merindui gelak tawa kita bersama kau kenangilah saat dan memori indah yang pernah kita lalui...andai hati mu terus membenci diri ku..jangan sesekali kau membuka lipatan memori antara kita..biarkan ianya terus berkubur bersama sakitnya hati mu agar tiada lagu dendam dan sengketa antara kita kelak..tuhan! tunjukkan lah hikmah disebalik kekhilafan ini..jadikan hambamu ini orang yang jauh dari hasad dengki dan dendam..ya allah kau lindungi lah hati kami dari durjana syaitan yang sentiasa cuba menodai segumpal darah bernama hati...

No comments:

Post a Comment